HEDONISME ( HIBURAN MELAMPAU )
MPU23042 ( NILAI MASYARAKAT MALAYSIA )
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL ( AUTOMOTIF) DAD2B - POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
NAMA PENSYARAH : ENCIK NOOR FHAKURULZEE ABD TALIB
NAMA KUMPULAN:
- WILLDRON WILSON WONG (05DAD19F1007)
- DELLVIN ESKEDI (05DAD18F2027)
- SOH TIEN EEN (05DAD19F1021)
- TSAI KAI XIANG (05DAD19F1029)
PENGENALAN
Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai asas utama kehidupan. Konsep kebaikan dan kebahagiaan yang dibawa oleh hedonisme hanya berasaskan kepada keseronokan duniawi serta penumpuannya kepada kebendaan semata-mata. Fahaman yang mula-mula diperkenalkan di Yunani ini seterusnya telah berkembang ke Eropah dan akhirnya tersebar ke seluruh dunia mengikut falsafah sekular Barat. Fahaman ini telah berubah menjadi satu budaya dan cara hidup masyarakat di era ini. Konsep keseronokan, kenikmatan, dan kelazatan berjaya mempengaruhi masyarakat dalam pelbagai adegan perbuatan yang merosakkan masyarakat. Hasil daripada buah fikiran para hedonis telah diimplementasi sepenuhnya oleh golongan masyarakat pada hari ini terutama golongan remaja. Kehidupan mereka yang bersifat individualistik dan materialistik ini dipenuhi dengan berpoya-poya, menghabiskan masa di tempat-tempat hiburan, minum arak, berzina, dan sebagainya dengan hasrat untuk mencapai satu matlamat iaitu mengecap keseronokan, kebahagiaan, dan kenikmatan duniawi. Hedonisme merupakan salah satu cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia pada hari ini dan berikut akan kami sertakan contoh-contoh hedonisme dan cara-cara untuk mengawal amalan hiburan melampau ini.
CONTOH-CONTOH HEDONISME:
1) SIFAT GEMAR MEMBELI BELAH. Sifat membeli belah ini kebiasaanya dimiliki oleh kaum wanita tetapi kaum lelaki juga tidak terkecuali. Sifat ini dikategorikan sebagai hedonisme kerana kenikmatan yang diperolehi daripada membeli belah itu akan mengasyikkan si pembeli dan seterusnya akan merugikan diri sendiri. Sebagai contoh; pembaziran duit. Sifat ini bukan sahaja merugikan diri sendiri bahkan ia juga akan menyusahkan orang yang terdekat dengan kita. Contoh; apabila kehabisan duit, remaja atau orang yang belum bekerja akan meminta duit daripada kedua-dua ibu-bapa mereka. Ini akan membebankan ibu-bapa yang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk keluarga.
2) VANDELISME. Sesetengah orang merasakan membuat vandelisme boleh mendatangkan kehiburan kepada diri sendiri. Sifat ini haruslah kita hindari dan bendungkan kerana ia langsung tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada diri kita bahkan menyusahkan diri sendiri dan pihak tertentu. Contoh; merosakkan taman permainan akan menyebabkan kita disaman dan merugikan pihak pengurusan taman tersebut untuk membaiki pulih kerosakkan yang telah kita lakukan.
3) BERMAIN PERMAINAN VIDEO SECARA BERLEBIHAN. Memang tidak dapat dinafikan bahawa keseronokan yang diperoleh daripada bermain permainan video ini memang mengasyikkan bahkan ia juga dikatakan boleh dijadikan sebagai alternatif untuk menghilangkan stres tetapi seperti semua amalan, jika dilakukan secara berlebihan akan mendatangkan keburukan. Bermain permainan video ini boleh mendatangkan banyak perkara negatif, sebagai contoh; memudaratkan kesihatan, prestasi akademik merosot dan banyak lagi. Oleh itu, kita haruslah bermain permainan video ini secara bersederhana demi kebaikan diri sendiri.
4) MAKAN MAKANAN YANG ENAK PADA SETIAP WAKTU. Amalan ini juga sama seperti bermain permainan video game, jika dilakukan secara berlebihan akan merugikan diri sendiri. Sifat ini dikategorikan sebagai hedonisme kerana manusia apabila sudah merasa kenikmatan akan terus inginkan kenikmatan tersebut sehingga memudaratkan kesihatan diri. Makanan enak ini tidak semestinya tidak baik untuk kesihatan diri tetapi majoriti makanan-makanan enak seperti KFC, McD dan Pizza Hut tinggi dengan kolestrol dan lemak yang boleh memudaratkan kesihatan si pemakan. Selain itu, makanan-makanan tersebut juga agak mahal dan jika kerap dimakan akan mendorong kepada pembaziran duit.
5) HIBURAN KELAB MALAM. Hiburan seperti ini memang tidak sah jika tidak melibatkan penggunaan arak dan lagi teruk, penggunaan dadah. Bagi umat Islam, hiburan seperti ini memang diharamkan tetapi bagi yang bukan Islam, seboleh-bolehnya elakkan la hiburan seperti ini kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada diri sendiri. Pengamalan hiburan seperti ini boleh memudaratkan kesihatan dan boleh mencetuskan pergaduhan yang boleh meragut nyawa diri sendiri dan juga orang lain. Pembaziran duit juga akan berlaku jika kerap pergi ke kelab malam.
INDIVIDU:
1. Mendekatkan diri dengan didikan agama.
2. Mendekatkan diri dan bergaul dengan orang yang berpengetahuan dan yang lebih arif tentang ilmu
3. Berkawan dengan rakan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak ke arah kebaikan dan sentiasa memberi dorongan yang positif
4. Mendisiplinkan diri sendiri dengan membuat jadual waktu agar tidak terlalu lena dengan hiburan seperti bermain permainan video.
IBU BAPA ATAU KELUARGA:
1. Memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak serta memantau aktiviti mereka.
2. Menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.
3. Memberikan sokongan dan galakan kepada anak-anak sehingga berjaya
4. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak dari kecil lagi
PIHAK SEKOLAH / INSTITUSI PENGAJIAN ( IPT )
1. Pendekatan akademik boleh dilakukan dengan penambahan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah dan IPT.
2. Mengadakan lebih banyak kem jati diri yang boleh meningkatkan sahsiah dan disiplin dalam kalangan remaja.
3. Menyediakan sesi kaunseling untuk pelajar yang bermasalah.
4. Mengadakan lebih banyak aktiviti rohani bagi semua agama.
KESIMPULAN
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan ingin memajukan negara serta rakyat, kita haruslah menbendung isu hendonisme ini agar ia tidak merosakkan generasi-generasi muda yang bakal menjadi tulang belakang negara ini. Akhir sekali, kita haruslah mengamalkan kesederhaan dalam apa jua kita lakukan supaya tidak merugikan diri kita sendiri dan jauhila hiburan yang langsung tidak memberi manfaat kepada diri sendiri. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Noor Fhakurulzee Abd Talib kerana telah membimbing kami dalam menyelesaikan e-folio ini. Sekian dan terima kasih.
SUMBER RUJUKAN :
Comments
Post a Comment